Kontraktor dapat didefinisikan sebagai
satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau
lukisan yang disediakan oleh pereka bentuk kepada bentuk dan ukuran
sebenarnya yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktor juga merupakan
agen atau pihak utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang
diterjemahkan dalam bentuk lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar
sesuatu binaan.
Segala kerja pembinaan yang dijalankan
adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan kontraktor akan mendapat balasan
atau keuntungan yang berbentuk bayaran daripada pihak majikan atau pengguna.
Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagai balasan terhadap perkhidmatan
kontraktor dan ia telah ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak yang
terlibat yaitu pihak kontraktor dan pihak pengguna. Perjanjian akan wujud dengan
syarat-syarat tertentu antara pihak kontraktor dan pengguna serta beberapa
pihak lain yang terlibat yang mana kemudiannya perjanjian ini akan membentuk
satu dokumen kontrak. Sepanjang proses pembinaan ini dijalankan dokumen kontrak
ini merupakan asas yang menjadi rujukan kepada sebarang masalah yang timbul
baik dipihak kontraktor ataupun pihak-pihak lain yang terlibat.
Secara umum kontraktor dapat dibagi
atas :
1. Kontraktor Utama ( Main Contractor )
2. Domestik Subkontraktor ( Domestic Subcontractor )
3. Subkontaktor Dinamakan ( Nominated Subcontractor )
Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama
bagi melaksanakan proyek pembinaan supaya berjalan lancar dan dapat disiapkan
mengikut masa sebagaimana yang telah diperuntukan dalam dokumen kontrak untuk
pambinaan tersebut. Setiap jenis kontraktor tersebut telah diperuntukan
syarat-syarat tertentu dalam perlaksanaan kerja serta kontrak yang telah
ditandatangani. Segala peruntukan syarat-syarat ini telah jelas dinyatakan
dalam sesuatu dokumen kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor dan pihak pengguna.Adapun penjelasan dari masing-masing dari pembagian
kontraktor adalah sebagai berikut :
1. Kontraktor
Utama (Main Contractor)
Kontraktor
utama merupakan seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang pembinaan
dan kerja-kerja kejuruteraan awam ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama
ini akan menandatangani kontrak antara pihak kontraktor dan pihak gunawan atau
majikan. Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek pembinaan sehingga
selesai sebagaimana yang terkandung dalam dokumen kontrak.
2. Domestik
Kontraktor (Domestic Contractor)
Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang
melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan
masing-masing.
Domestik kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama yaitu :
·
Subkontraktor kerja dikenali
sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan membekalkan semua bahan dan buruh
yang terlibat untuk sesuatu kerja subkontrak.
·
Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk tempoh
pembinaan dijalankan. Subkontraktor
ini biasanya
akan dipilih oleh pihak majikan dan akan
dikenali sebagai pembekal dinamakan.
·
Subkontraktor buruh dimana
kontraktor yang membekalkan buruh untuk
melaksanakan kerja kontrak bangunan. Subkontraktor ini membekalkan buruh
3. Subkontraktor Dinamakan (Nominated Subcontractor)
Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang dilantik oleh
pihak pengguna. Kontraktor
ini menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran masing-masing.
Subkontraktor dinamakan ini biasanya melakukan pekerjaan mekanikal,
elektikal dan plumbing.